SUNNAH RASULALLAH



ANTARA SUNNAH-SUNNAH NABI S.A.W SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR.

1) Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.
  * Ramai yang memperlekehkan doa masnum (doa harian) tetapi hakikatnya harga yang Allah s.w.t janjikan adalah syurga.

2) Jangan tidur kaki menghadap arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3) Barangsiapa yang membaca tasbih fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih fatimah : Subhanallah (33x) , Alhamdulillah (33x) , Allahuakbar (34x).

4) Baca 4 Qul dan tiup ke telapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5) Niat untuk bangun tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah s.w.t akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6) Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat 2 rakaat.


7) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.


8) Tidur cara rasulallah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.


p/s : banyak lagi sunnah nabi s.a.w yang boleh diamal. Semuanya mudah untuk diamalkan.  SELAMAT BERAMAL.......

No comments: